Hadis Qudsi – 46 ~ Doa orang yang dizalimi dikabulkan atau ditangguh

Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

“Sesungguhnya jika engkau terus-menerus mendoakan kecelakaan atas orang lain yang telah menzalimi engkau, dan ada orang lain pula yang terus-menerus mengharapkan kebinasaan atasmu disebabkan engkau telah menzaliminya. Sekiranya engkau mahu, nescaya akan Aku kabulkan doa yang bagimu dan doa yang atasmu, ataupun Aku tangguhkan saja kedua-dua doa kamu berdua hingga ke Hari Kiamat lalu Aku memberikan keampunan kepada kedua kamu.” (Riwayat Hakim)

Leave a comment