Hadis Qudsi – 47 ~ Hamba yang dilindungi

Berkata Ibnu Abas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:

“Hanyasanya Aku menerima Solat daripada orang yang merendahkan diri kerana kebesaran-Ku, dan dia tiada pula menyombongkan dirinya terhadap-Ku, tiada terus-menerus mengerjakan maksiat kepada-Ku, dia menghabiskan semua harinya dengan berzikir kepada-Ku, dia sentiasa berbelas-kasihan terhadap kaum fakir miskin, Ibnu sabil (musafir) dan janda-janda. Dia berbelas kasih juga terhadap orang yang ditimpa musibah. Orang ini bercahaya laksana cahaya matahari. Akan Aku lindunginya dengan kebesaran-Ku, akan Aku memeliharanya dengan malaikat-malaikat-Ku. Akan Aku berikannya cahaya ketika di dalam kegelapan, akan Ku berikannya kesopan-santunan ketika di dalam kekerasan. Perumpamaannya di antara makhluk-makhluk-Ku seperti perumpamaan Syurga Firdaus dengan syurga-syurga yang lain.” (Riwayat Bazzar)

Leave a comment