Hadis Qudsi ~ Allah mengampuni orang yang minta ampun

Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Wahai  para hamba-Ku, kamu semua berdosa kecuali orang yang Aku jaga, jadi mintalah ampun kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni mu. Sesiapa yang mengetahui bahawa Aku Maha Berkuasa untuk mengampuninya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli.” (Riwayat Ibnu Majah  dan at-Tirmizi – Hadis Hasan)

Hadis Qudsi ~ Beribadat menutup pintu kefakiran

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Wahai anak Adam! Luangkan dirimu untuk beribadat, nescaya Aku akan penuhkan dadamu dengan kecukupan, dan Aku menutup kefakiran kamu. Jika kamu tidak melakukannya, nescaya Aku membuatkan diri kamu sentiasa dalam keresahan dan Aku tidak menutup kefakiran kamu.” (Riwayat al-Tirmizi)

Hadis Qudsi ~ Allah bersama orang yang sentiasa berzikir

Berkata Abu Hurairah r.a. dan al-Hakim dari hadis Abu Darda bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Aku akan bersama hamba-Ku selama dia mengingati-Ku dan kedua bibirnya bergerak kerana Aku.” (Riwayat Al-Baihaqi dan Ibnu Hibban)

Hadis Qudsi ~ Allah yang membalas puasa

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Puasa itu adalah bagiKu, dan Akulah yang akan membalasnya sendiri.” (HR Bazzar)

Hadis Qudsi ~ Puasa kerana Allah akan dibalas oleh Allah

Berkata Jabir r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Puasa itu adalah benteng yang akan diperbenteng oleh seseorang hamba dari api neraka. Puasa itu adalah bagiKu, dan Akulah yang akan membalasnya sendiri.” (Riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Hadis Qudsi ~ Puasa kerana Allah sebagai benteng api neraka

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Puasa itu adalah benteng yang akan melindungi hamba itu dari api neraka. Dan puasa itu juga adalah bagiKu, dan Akulah yang akan membalasnya sendiri. Dia telah meninggalkan makan minumnya kerana Aku. Demi jiwaku (Nabi) yang ada di dalam genggamanNya, adalah bau mulut […]

Hadis Qudsi ~ Apabila mengingati Allah di hadapan orang ramai

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Aku ditentang sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku sentiasa Ada bersamanya ketika dia mengingatiKu (berzikir kepadaKu). Jika dia mengingatiKu dalam dirinya, Aku pun akan mengingatinya di dalam DiriKu. Dan jika dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang […]

Hadis Qudsi ~ Kemuliaan dan kebesaran hanya milik Allah

Berkata Ali r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Kemuliaan itu adalah pakaianKu, dan kebesaran itu adalah kain selendangKu, maka barangsiapa yang cuba menandingiKu dalam kedua hal ini nescaya Aku akan menyiksanya.” (Riwayat Muslim)

Hadis Qudsi ~ Puasa benteng dari api neraka

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Puasa itu adalah benteng yang akan diperbenteng oleh hambaKu dari api neraka.” (Riwayat Thabrani)

Hadis Qudsi ~ Puasa ibarat perisai

Berkata seorang sahabat bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Satu kebajikan itu (menjadi) sepuluh, dan Aku menambah lagi sedangkan kejahatan itu satu saja, dan Aku (bersedia) memadamkannya. Dan ibadat puasa itu bagiKu dan Akulah yang akan membalasnya sendiri. Puasa itu adalah perisai dari siksa Tuhan, laksana perisai yang menahan pukulan pedang.” (Riwayat […]