Kelebihan teh halia

Selain air teh tarik, air teh halia menjadi minuman kegemaran di kalangan penduduk Malaysia. Kalau dilihat secara luaran tidak ada perbezaan antara air teh tarik dengan dengan air teh halia kerana cara penyediaannya adalah sama, cuma air teh halia ditambah halia sama ada air halia segar atau halia serbuk. Apabila dirasa barulah tahu perbezaannya. Terdapat juga berbagai jenama teh halia segera 3 dalam 1 di pasaran.

Kenapa air teh halia digemari ramai?

Selain dipercayai mampu buang angin badan dan pelbagai khasiat kesihatan yang lain, halia yang ditambah dalam air teh susu juga memberi rasa yang sedap dan melegakan semasa meminumnya.

Di antara kelebihan teh halia ialah:

1. Membuang angin dalam badan, terutamanya bagi mereka yang banyak angin.

2. Mengurangkan stres.

3. Membantu mengurangkan masalah pernafasan yang biasa.

4. Membantu peredaran darah yang normal.

5. Mengurangkan rasa mabuk dalam perjalanan

6. Merawat sakit perut.

7. Meningkatkan sistem imun badan.

8. Mengurangkan keradangan.

teh halia

Leave a comment