Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijriah

Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1432H jatuh pada 26 November 2011 (Sabtu) dan 1 Muharram 1433H jatuh pada 27 November 2011 (Ahad). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1432H) dan doa awal tahun (1433H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).

Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

140 Responses

  1. Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Izinkan saya meletakkan di blog saya. Terima kasih.

  2. asslamualaikum..izinkan share ilmu ini..jazakillahu khair..

  3. thanx…nak mintak izin letak kt blog sy…

  4. mohon izin, saya share di fb.terima kasih atas kebaikan

  5. saya copy buh kat blog saya yer… untuk nota saya…jazakallah

  6. saya juga copy ini utk blog saya bagi ingatan saya dan kawan-kawan.. terima kasih!

  7. izinkan jugak utk sy share d blog ye..smoga kite smue dpt bukak buku baru yg lbih baik..amin^^

  8. Assalamualaikum w.b.t
    Saudari, izinkan saya untuk berkongsi “share” di wall facebook saya..untuk berkongsi dan memperingati bagi yang mungkin terlupa..
    Terima Kasih

  9. sekadar berkongsi utk perbandingan & pengetahuan bersama.

    Kata Syaikh Bakr B. ‘Abdillah Abu Zaid rahimahullah: “Tiada dalam syari’at ini sedikitpun doa atau zikir-zikir khusus untuk awal tahun di bulan Muharram. Umat Islam pada hari ini banyak membuat tokok-tambah (bid’ah dalam agama) berupa doa, zikir, atau saling bertukar ucapan selamat. Demikian juga dengan puasa awal tahun baru, menghidupkan malam pertama Muharram dengan solat, zikir, atau doa-doa yang khusus, serta puasa akhir tahun dan seumpamanya yang sebenarnya semua ini tidak ada dalilnya sama sekali. Tidak juga ada satupun doa atau zikir-zikir khusus sempena akhir tahun yang memiliki sandaran dalil syara’. Di setiap akhir tahun, ramai orang yang berdoa dan menyusun doa-doa khusus tertentu yang tidak pernah ditetapkan oleh syara’. Ini semua adalah contoh perbuatan bid’ah yang padanya tidak memiliki asas sandaran dalam agama.” (Bakr B. ‘Abdillah Abu Zaid, Tashhiih ad-Du’a, m/s. 107 – Daar al-‘Aashimah)

    Kata Dr Asri: ‎”Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda.” (http://drmaza.com/home/?p=1297)

    Kata Ulama Muda UMNO: “Dalam kalangan masyarakat Islam hari ini, terdapat beberapa salah faham tentang bulan Muharram. Selain kepercayaan khurafat sebagaimana telah penulis sentuh, terdapat beberapa amalan lain yang turut perlu diambil perhatian. Antaranya adalah seperti amalan doa awal dan akhir tahun hijriyah, perayaan ma’al hijrah, puasa awal dan akhir tahun, dan perayaan meratap kematian Hussein B. ‘Ali radhiyallahu ‘anhuma.”(http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2011/11/187-bulan-muharram-dalam-pandangan.html)

    • Ini sekadar doa dalam sesuatu occassion, cuma telah disusun oleh ulama terdahulu untuk memudahkan orang-orang terkemudian yang ingin berdoa untuk mengikutinya. Kalau dah rasa hebat sangat, tak payahlah ikut, tak payahlah berdoa……. tak ada paksaan pun.

      Yang pelik bin ajaib puak-puak wahabi ni, kalau sesuatu yang baik yang dilakukan (bukan yang melanggar syariah pun) ada saja suara-suara sumbang yang menuduh bid’ah dan sebagainya. Tapi kalau maksiat yang berleluasa di luar sana tak sibuk pulak nak membenterasnya, tak sibuk pulak nak kata bid’ah, senyap saja? Tak senang duduk betul puak-puak ni kalau lihat ada orang yang hendak melakukan kebaikan.

      Jangan nak samakan berdoa dengan meratap dan melolong…. fikir-fikirkan.

      • Ssiapa nak doa awal&akhir tahun silakan. Namun mndakwa itu amalan atau suruhan Nabi adalah x benar. X de hadis sahih sbgitu

      • “Ini sekadar doa dalam sesuatu occassion, cuma telah disusun oleh ulama terdahulu untuk memudahkan orang-orang terkemudian yang ingin berdoa untuk mengikutinya” Orang yang terkemudian ini ada yang mengikuti (kerana tidak tahu) dan ada yang tidak mengikuti (kerana sudah tahu).. kami ingin menegur sesiapa sahaja bahawa pilihlah amalan yang sahih walaupon sekadar doa.. Anda mengharapkan fadhilat-fadhilat dari amalan tersebut namun Allah tidak pernah menjanjikan demikian.. Apa yang anda rasa? Jadi lebih baik amalkan yang sahih kerana ia telah dijanjikan akan mendapat pahala InshaAllah.. -SayaBukanWahabi..

    • seharusnya mengunakan hp.internet itu kamu katakan bid’ah. ulama terdahulu juga belajar,bahkan lbh lama belajarnya dibanding sampeyan.baru bisa baca tulis aja suka mencelah.yg mengaku dirinya paling pinter dan paling bener itu adalah iblis.

      • saudara yang dirahmati Allah,yang membangkitkan isu bida’ah bkn orang malaysia tapi orang membngkitkan isu bida’ah adalah baginda nabi muhammad sallahu alaihi wasalam…jgn mmpermainkan hadith nabi,,bida’ah adalah jalan yang direka dlm agama yg menyerupai syariat yg bertujuan utk berlebihan dlm beribadah..internet x termasuk dlm bida’ah,pasal ia bkn utk ibadat khas.ia adlah satu cara…..Allah lebih mengetahui…

  10. terima kasih dan saya telah print untuk diamal pada esok hari

  11. salam, empunya blog…izinkan saya share doa ni dalam blog saya. =)

  12. Salam~
    Terima kasih atas ilmunya. Mohon izin utk dishare ek. Bagi mengingati diri sendiri n kawan2 yang lain.
    -Action speaks louder than words ;8)

  13. thanks coz share. 🙂

  14. Salamun ‘alayk..izin share ya.. 🙂 jzkk..

  15. izinkan sya share dlm FB sy yer..amat berguna.

  16. mohon share yea kt fb… tenkiu

  17. Untuk makluman semua pengunjung,

    Sesiapa yang hendak share dipersilakan, sesiapa yang tak nak pun tak apa, tiada paksaan.

    Sesiapa yang berasa hendak berdoa kepada Allah SWT, lebih baik daripada orang tak nak berdoa kerana takut dikatakan bid’ah atau mungkin sudah berasa cukup hebat….ada puak wahabi yang mempertikaikan doa-doa ini. Saya ulangi sekali, ini hanyalah doa hamba kepada Tuhannya bersempena peralihan tahun, salah ke? Kalau tak nak berdoa, jangan cuba mempengaruhi orang lain yang hendak berdoa.

    Mohon maaf kepada semua jika terkasar bahasa.

  18. izinkan sy share d fb saya untuk saling mempengingati..tq 🙂

  19. mintak izin copy doa…..

  20. assalam..izin kan saya berkongsi ilmu ini di laman facebook saya ya..terima kasih.

  21. salam….
    mohon share di fb saya…terima kasih

  22. SY SHARE TKASIH

  23. Minta izin nak share dan copy doa ini untuk diamalkan dan disimpan. Terima kasih…

  24. trima kasih..dan nk minta izin share yer…

  25. Salam alaiki. Mohon doa nya di kongsi ya . Brakallah.

  26. assalamu’alaikum…minx izin share ya..tima kasih

  27. Aslm alaikm pn, jgn dihiraukan isu bid’ah kat sini, coz kita smua arif yg bid’ah HASANAH tidak ada mslhnya utk dikerjakan, drpd buat kerja2 lain yg blum tntu ada faedahnya.

    Thnx utk perkongsian doa, sy pn pakai jugak, hehe~

    Wslm~~

    • Betul, kalau nak ikutkan cakap puak2 ni, satu amalan pun tak boleh nak buat…. di mana-mana mereka cuba masukkan jarum ajaran/fahaman mereka yang bertentangan dengan amalan ahli sunnah wal jamaah.

  28. salam,saya setuju dengan Sitik..tiada salah nya jika kita berdoa mnta kpd Allah walaupun Nabi s.a.w tidak menganjurkan amalan tersebut..selagi mana ianya tidak bertentangan dgn agama,perkara itu di sebut sbg bidaah hasanah…bidaah yg baik…wallahua’lam..

  29. mohon share,untuk kebaikan bersama..t.ksh

  30. Mohon di baca & share..syukran jazilan

  31. Assalamu’alaikum wr wb.
    Izin baca dan ngopy ya,
    Jazakallahu khairan

  32. […] Mari tengok entri saya tahun lepas  : [ LINK ] – Kredit gambar doa : [ Sumber  ] […]

  33. Mohon share ya, Terima Kasih…

  34. mohon izin print.. ready utk dibaca ptg ni.. tQ..

  35. izinkan saya copy untuk dibuat pedoman hari ini dan selamanya, terimakasih ye

  36. salam…yaa tuan…mohon share

  37. thnax for the info, saya share di blog ye..

  38. JAZAKALLAH MY UKHTI, FROM MUADZ AT SAMBAS IN INDONESIA

  39. […] Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijriah […]

  40. makasih doanya ya mudah2 jadi amal baik dan niat nya

  41. Mohon share, Jazakalllah

  42. Mohon share yer..tq.

  43. Assalaamu’alaikum..ijinkan saya mengcopy dan mensharenya ke teman dan jejaring sosial, terima kasih. Yadi

  44. as salam ukhwah..sy mohon share doa ini ye.. 🙂

  45. Thanks. Saya share ya.

  46. salam. mohon share untuk sy ltakkan dlm fb. tuk diri sy n kawan2. terima kasih…

  47. Terima kasih sbb share. Doa yg ada dalam blog ni lebih jelas dan senang dibaca. Tulisan simple memudahkan pembacaan terutama pada insan jahil mcm saya ni. Satu saja nk tambah, ustaz saya ada mengingatkan bahawa di akhir zaman syaitan akan cuba menghalang kita melakukan amal baik melalui manusia yang riak dgn ilmu yg dimiliki. Allah berfirman, “berdoalah nescaya Aku perkenankan.” Pada pandangan saya yg banyak dosa ni, tak salah berdoa moga hati terbuka untuk bertaubat dan seterusnya taubat kita diterima Allah

  48. thanks 4 da doa..mohon share ye..smoge pahala yg mngalir kpd pmbacanye,mngalir trus kpd punulisnya,amin

  49. Terima kasih…info yang sangat berguna…terima kasih.

  50. Minta izin mau share tulisanya ke yang lain

  51. ashraf,awak kena banyak belajar lagi,,ilmu mana tidak awak kata bidaah ni?saya setuju dengan pendapat sitik..ayuh!mari kita sama2 berjuang..aminnnn!!!

  52. izinkan saye ltak d fb utk prngatan pda diri yg lmah ini srta tman2 saye,,,,

  53. bidaah -mengada2kan pkara yg Rasul s.a.w mmg x pnh buat dlarang amat…kcuali bidaah hasanah..dan kta stgh bidaah hasanah ialah bnda yg nabi x buat tp sahabat ada buat ,maka x mjd slh kr nabi ada bsabda “sahabat2 ku ibarat bintang d langit..mne2 kamu ikut insya Allah dpt ptunjuk’- lbih kurang maksudnya….jd klu bkn drpd sahabat wlp org alim , kne fikir2..Ttg doa ni x msti mcm susunan tsb ,jgn anggap sunnah /kmestian mmg x leh tp kita di suruh bdoa tiap masa apa2 doa yg baik ..wallaahua’lam

  54. terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

  55. mintak izin untuk di share

  56. Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre

    Terbaca di beberapa blog dan forum baru-baru ini, memandangkan hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah, berkemundang sekali lagi seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu bid’ah yang jelas haram di sisi Islam. Benarkan apa yang dihebohkan ini? Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan agama negeri tidak pernah menghalang sambutan ini? Adakah tok mufti dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol dalam kesesatan? Sama-sama kita kaji..

    Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.

    Asas pendapat pertama

    kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah? Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya? Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.

    Asas pendapat kedua.

    Bid’ah dholalah (atau kata mereka bid’ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid’ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman. Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid’ah hasanah. Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid’ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid’ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid’ah dalam agama.

    Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid’ah yang dholalah. Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid’ah (baca bid’ah dholalah) dan haram. 2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram.

    Maka apa pula komentar bagi kedua-dua hujjah kedua-dua golongan ini ya?

    Perbincangan bagi hujjah pendapat yang pertama.
    Dikatakan bahawa memuji Allah apabila memerhatikan kebesaran-Nya. Benar. Namun cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur itu perlukan petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Bukannya mengikut fikiran kita semata-mata. Adakah berdoa tersebut cukup untuk menghapuskan segala dosa yang berlaku di sepanjang tahun. Kalau begitu mudahla, Buat dosa banyak-banyak. Akhir tahun doa jelah. Lagipun kalau doa ni pun da bid’ah dan berdosa, sebenarnya bukan hapuskan dosa tapi tambahkan dosa lagi.

    Jawapan kepada perbincangan ini.

    Cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur adalah diharuskan selagi mana tidak melanggar syara’. Sebanyak mana pun kita bersyukur takkan cukup dengan nikmat yang Allah beri. Lagipun kita bukan bersyukur mengikut fikiran kita semata-mata, tetapi berdasarkan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya jugak kan. Bukankah berdoa ini satu cara yang ditunjukkan dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bukannya kita sambut dgn konsert atau pertunjukkan bunga api.

    Berkenaan doa boleh menghapuskan dosa atau tidak tersebut, urusan tersebut diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang memerintah kita supaya berdoa dan Dialah yang memakbulkan doa dan mengampunkan dosa. Ini merupakan usaha kita yg diperintah oleh-Nya. Hujjah buat dosa banyak2 kemudian berdoa adalah hujah yang dangkal, kerana tiada siapa yang mengetahui selama mana hayatnya. Juga ia seolah-olah mempermain-mainkan mereka yang berdoa setiap hari agar diampunkan oleh Allah. Mengapa tidak tunggu tua sahaja baru berdoa. waktu muda buat dosalah banyak2. Hujah yang amat cetek dan tidak perlu dihiraukan, tetapi perlu dijawab kerana banyak antara mereka yang cetek ilmu, tapi mengaku berilmu. Semua kita sepakat bahawa melakukan perkara yang dilarang oleh syarak secara pasti dan mesti adalah haram. Jadi mengapa perlu dipersoalkan perkara begini. Tetapi kita sebagai manusia yang tidak maksum pasti tidak akan lari dari kesalahan. Jadi kita perlu dari masa ke semasa meminta pengampunan dari Allah s.w.t. Niat melakukan dosa dengan harapan berdoa di waktu lain agar diampunkan adalah niat yang jelas salah dan terlarang.

    Perbincangan hujjah pendapat yang kedua pula.

    Perbincangan hujjah pendapat yang kedua. Apakah asas-asas yang diiktiraf dalam menentukan hukum dan adakah doa ini tiada asasnya langsung dalam agama? Para ulamak telah berselisih dalam perkara ini, namun mereka sepakat menentukan bahawa Al-Quran, Assunnah, Ijma’ dan Qias secara umumnya adalah asas dalam menentukan hukum. (kecuali beberapa ulamak zahiri dan syiah yang menolak terus qias). Mereka pula hanya menganggap Al-Quran dan Assunnah dan ijtihad para mujtahidin berdasarkan dua sumber ini merupakan asas. Walaubagaimanapun kedua-dua masalah ini tidakla jauh bezanya jika difahami dengan betul. Jadi persoalan sekarang adakah di sana asas bagi doa ini dibaca?

    Secara ringkasnya asas bagi berdoa secara umumnya adalah ayat-ayat Alquran dan Assunnah yang terlalu banyak menerangkan perintah berdoa tak kira masa dan tempat. Perintah2 ini tidak boleh kita khususkan kepada doa yang warid dalam alquran dan sunnah semata-mata, kerana ia dikira sebagai mengkhususkan sesuatu yg umum tanpa pengkhususnya. Selain itu warid dari Hadis2 dan asar para solihin keharusan berdoa selain dari yg warid mengikut keperluan kita asalkan tidak bercanggah dengan syarak.

    Asas seterusnya dalam berdoa ini adalah berdasarkan maslahah (yang juga sumber perundangan hukum islam). Maslahah yang rajihah (yang boleh diguna pakai) dalam perkara ini ditentukan oleh para ulamak terdahulu bukan menurut pemikiran kita semata. Maslahah ini lebih jelas di zaman kita yang mana ramai di kalangan masyarakat kita sudah jauh dari ajaran Islam dan tidak reti berdoa lagi. Malah di tahun baru ini pun mereka tanpa segan silu membuat kemaksiatan. Bukankah molek jika kita menyeru mereka berdoa di waktu begini?

    Jadi apabila ada asas-asas yang disebutkan maka kita tidak boleh menyebut amalan berdoa ini sebagai satu perkara bid’ah yang sesat. Malah boleh kita masukkannya di dalam bid’ah hasanah yang disebutkan oleh Imam Syafie.

    Mereka juga menyatakan bahawa sesutu ibadat seperti zikir dan doa itu perlu menyamai Rasulullah dari sudut bilangan, masa, hari dan tempat. Sesuatu yang bercanggah dengan salah satu darinya adalah haram. Kita pula menjawab, di manakah dalil kepada penyataan ini? Ulamak terdahulu tidak pernah membuat kaedah sebegini. kaedah yang ada adalah, ibadat tidak menyalahi dari apa yang Rasulullah tunjukkan. Jangan Rasulullah bersolat subuh 2 rakaat kita bersolat 3 rakaat, kerana nak pahala lebih. Itu yang salah. Adapun berdoa dan berzikir di waktu yang tidak warid Rasulullah berzikir pada waktu tersebut adalah tidak diharamkan. Kerana Rasulullah sendiri sentiasa berzikir dan berdoa. Selain itu perintah berzikir berdoa tidak pernah mengkhususkan masa dan tempat. Tiada salahnya jika kita hanya mengaji Al-Quran selepas maghrib setiap hari dan memerintahkan pula anak-anak kita berbuat sedemikian, walaupun tidak warid dalam hadis Rasulullah ada mengkhusukan begitu. Itu kita sepakat bukan. Jadi mengapa kita mengkhususkan pula sebelum maghrib akhir zulhijjah untuk berdoa dikira sebagai sesuatu perbuatan yang haram?

    Hujjah mereka seterusnya adalah kebaikan sesuatu perkara adalah berdasarkan al-Quran dan As-sunnah. Maka kita katakan bahawa kebaikan berdoa ini juga adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang menyuruh kita berdoa tanpa mengira waktu dan tidak pernah pula melarang kita berdoa di waktu2 tertentu. Maka kita simpulkan bahawa berdoa awal dan akhir tahun ini merupakan perkara yang baik menurut syara’. Bid’ah mustahabbah kata Imam Nawawi.

    Kesimpulan:

    Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.

    Wallahu A’lam

    Wasallallahu ‘Ala Saiyidina Muhammad Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin

    • Sumber :

      1. http://aljoofre.blogdrive.com/archive/10.html

      2. http://aljoofre.blogdrive.com/archive/11.html

      Biodata Penulis :

      Pengkhususan : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab) (kajian bertajuk: Hukum hakam Masjid : Kajian Perbandingan Mazhab dan Permasalahan Kontemporari).Mantan Ketua Moderator Agama Laman Iluvislam.Com. Kini bertugas sebagai pegawai di Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

      • memang lah diakhir-akhir ini bahyak yang didengar mengenai melakukan amalan spt membaca yasin malam jumaat, berdoa awal dan akhir tahun membaca talkin dikubur dan berbagai perkara yang baik dikatakan bidaah bahkan kadang-kadang puak-puak ni orang yang bertitle ustaz/jawatan tinggi mengadakan ceramah disurau-surau. Dan yang mendengar tak berani utk menyanggah akan hanya menelan apa yang di cakapkan oleh penceramah atas kekurangan ilmu dan hujah utk membantah. Bahaya keatas pendengar yang kurang ilmu.

    • Setuju dengan pendapat di atas. Kalau nak buat amalan yang baik, ada saja suara-suara sumbang wahabi yang mengatakan bid’ah dari dulu (sejak ada fahaman wahabi yang mengaku salafi) hinggalah sekarang. Wirid lepas solat pun dikatakan bid’ah (walhal Nabi s.a.w. buat jugak), baca qunut solat subuh pun bid’ah, baca talqin selepas jenazah dikebumikan pun dikatakan bid’ah, semuanya bid’ah belaka… apa lagilah doa akhir dan awal tahun yang dibaca setahun sekali… Sesiapa yang rasa berdoa ni pun bid’ah, tak usahlah berdoa, perkara ini bukan wajib pun.

    • Yang penting niat dan harapannya baik, dan tidak melajggar perintah Allah,,,,, saya fikir itu baik, dari pada merayakan tahun baru masehi dengan foya2 lebih bijak berdoa dan sholat hajat menjelan awal tahun islam…… lebih banya manfaatnya dari pd mudhorotnya,,,,,,, Allah gk pernah melarang hambanya untuk meminta dan medekatkan diri pada Nya baik itu dengan cara Doa

      • Itu yang peliknya, ada segelintir manusia yang tidak suka orang lain berdoa… tak ada lain tuduhan selain daripada tuduhan bid’ah dan sesat. Baru baca dan belajar sepotong dua ayat Quran dan Hadis Nabi s.a.w. sudah berani mempersoalkan amalan ulama2 zaman dulu yang ternyata lebih berilmu…

  57. terima kasih, sangat bermanfaat.. Wassalamu’alaikum..

  58. makasih,,, ijin share di blog ane gan

  59. terima kasih sbb post doa ini.

  60. Mohon share

  61. assalamualaikum…
    terimaksaih..blok ini sudah sangat membantu,,saya orang indonesia dan salam kenal dari saya.

  62. Saya pun mintak izin copy dalam website walaupun terlewat

  63. assalamualaikum
    saya shared ye
    smoga Allah mmberkati anda

  64. assalamualaikum..,disini bukti yg mana xsalah kalau kite nk berdoa memohon kpd pencipta kita,paling penting jgn cepat n mudah utk bt andaiya sndri.,insyallah sama2 share link ini http://trigyy.blogspot.com/2012/11/hukum-doa-awal-dan-akhir-tahun-ustaz.html

  65. setiap amalan itu mestilah menepati syariat yg diajarkan oleh rasulullah saw.., moga artikal dr DrMAZA.com ini memberi pencerahan kepada kita sempena bulan muharam yg sering kali dikatakan bulan hijrah
    http://drmaza.com/home/?p=1297

  66. Salam, doa awal/akhir tahun hijrah bkan amalan yg dianjurkan oleh nabi s.a.w kerana sistem tahun hijrah wujud selepas baginda wafat. Maka ianya tiada kelebihan berbanding doa pada hari2 lain. Berdoalah meminta perlindungan Allah setiap hari pada bila2 masa xperlu tunggu awal/ akhir tahun hijrah itulah yg terbaik.

  67. Apakah sumber doa ini dr hadits ukh? Shohih kah? Kalau ada mohon dicantumkan… Maaf saya masih sedikit awam..

    • Baca komen2 sebelum ni, dah malas nak jawab… fahamilah apa yg dimaksudkan dengan bid’ah hasanah, jangan nak pakai borong semua bid’ah sesat. Al-Quran zaman Rasulullah s.a.w. pun tak dibukukan dan diberi baris seperti sekarang ini, AlQuran cuma ditulis pada kulit2 kayu, kulit binatang dan lain… kenapa baca AlQuran yang dibukukan? bukankah ini pun bid’ah? maknanya berdosalah baca AlQuran sekarang ni? kalau nak beri contoh ada seribu satu macam lagi…. gunakan internet ni pun bid’ah sebab Nabi tak buat pun… kenapa berinternet buatan orang kafir?

  68. Klo manusia sudah tidak jau berdoa meminta sama Allah itu namanya takabbur…… dan klo ada yg bilang berdoa itu bid’ah… ya biar aja orang itu gk usah herdoa….. dzikir itu artinya mengingat, klo zikrullah berarti mengingat Allah dengan mengagungkan kebesaran Allah kemudian meminta rahmat Allah….dg berdos itu bukan bid’ah……

  69. Agak nya puak ni lebih suka menonton tv ,,,,,,,,,mungkin tak bidaah. Amalan baik bidaah ,,,,fikirkanlah

  70. izin baca & copy syaikhuna

  71. siapa bilang do’a-do’a begini tidak dianjurkan Nabi adalah orang yang kurang paham tentang Islam. Berdoalah yang banyak, boleh bikin doa semau anda, karena do’a itu harapan, setiap orang harapannya beda-beda, jangan bikin paham baru. orang yang mengatakan semua do’a harus dari Nabi adalah mengada-ada

  72. sedangkan kita juga mereka doa di sekolah dan di pejabat seperti doa hari kemerdekaan, doa hari penyampaian hadiah, doa mesyuarat ibubapa dan guru dll. itu semua dicipta untuk majlis-majlis di ekolah dan pejabat mahupun di parlimen ada doa khusus majlis tilawah dan banyak lagi sampai hari sukan pun ada doa jadi mana yang kata tak boleh langsung cipta doa khusus untuk sesuatu majlis. jadi doa awal dan akhir tahun ini dah jadi amalan beratus tahun bukan sehari dua..

  73. Assalamu’alaikum, izinkan saya copy doa ini, trima kasih

  74. salam..minta izin untuk copy..

  75. SALAM..MOHON COPY..TQ

  76. slm sis, mohon share doa ni… sya copy utk kwn2 sekerja…semoga kiat semua berada dlm pandangan Allah dan perkasakan selawat ke atas Baginda saw

  77. […] November… […]

  78. assalamualaikum mohon izin u di copy

  79. ntr sore jangn pada lupa baca doa itu yah …hehe

  80. Jazaakallaahu Khoirul Jazaa…

  81. Terima kasih artikelnya, mhn ijin copy do’a ini untuk jamaah kami

  82. Salam…saya mohon copy ya…terima kasih di atas maklumat ini.

  83. Terimakasih

  84. salam…saya copy…terima kasih.

  85. mohon syer ya…tq…

    • Silakan..

      • semoga kita semua mendapat keberkatan sempena wal tahu ini..amin

      • berdoa adalah komunikasi dengan Allah, berdoa yang baik adalah diikuti dengan akhlak kelakuan yang selaras dengan doa yang dipanjatkan, kalau seandainya dianggap bid’ah berpulang pada keyakinan hati dan ilmu masing2 sebaiknya tidak saling menyalahkan karena Allah berikan pemahaman yang berbeda tentang Ilmu,walaupun belajarnya kitab sama tapi pemahaman berbeda, coba betapa bersyukurnya masih bisa berdoa dengan terucap dan menengadahkan tangan? bagaimana saudara2 kita yang bisu? Lumpuh? tdk punya tangan? dan kaki? sakit? atau hatinya kafir? hati nurani mereka juga ingin berdoa? tapi tertutup nafsu atau hilang panca inderanya? harusnya saudara2ku yang berilmu kita doakan mereka bukan ribut tentang tingginya Ilmu Allah, terus dimana Rahmatal Lil Alamin????

  86. mohon share ya

  87. dalam.alquran sendiri banyak doa yg di cantumkan…..knp ini berdoa di persalahkan…..biasa kalo di indonesia yh demikian itu muhammadiyah

  88. […] Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijriah Doa akhir awal hijrah | orange 4 kay, Aku kongsikan doa akhir doa awal hijrah doa [email protected]/* */ ni tiada sandaran hadis nabi .., hadis pun ia . […]

Leave a comment