Gempar – Buaya tembaga mati terapung dekat Port Dickson

Awal tahun ini kita digemparkan dengan buaya mengamuk di perairan Port Dickson dan Melaka. Pertengahan tahun ini pula penduduk setempat sekali lagi gempar kerana menemui bangkai buaya yang besar terapung-apung di perairan yang sama.

Apakah yang menyebabkan buaya besar ini mati dan masih terapung-apung? Siapakah yang membunuhnya? Adakah buaya yang sama yang mengganas tahun lepas? Wallahu a’lam….

GEMPAR … Orang ramai menunjukkan seekor buaya yang ditemui terapung di perairan Kuala Linggi dekat Jalan Tanjung Agas, Batu 21, Port Dickson pada 12.45 tengahari, Isnin.

Seorang mekanik yang hanya mahu dikenali sebagai Azoy, 30 tahun berkata, sekumpulan pelajar kolej memaklumkan kepadanya mengenai buaya itu dan selepas mengumpul rakan-rakan yang lain, Azoy menggunakan mata kail untuk menarik buaya yang telah mati lebih kurang empat hari itu. Selepas diperiksa, buaya yang hampir reput berusia di antara 15 hingga 20 tahun dan dipercayai datang dari Sungai Linggi. Buaya tersebut kemudian di bawa oleh kakitangan Zoo Melaka untuk tindakan lanjut selepas dihubungi penduduk kampung. Foto BERNAMA.

Sumber Berita mStar online


Dua pengunjung pantai Ixora Permai di Pasir Panjang mengambil ukur lilit bangkai buaya tembaga sepanjang 5.48 meter yang ditemui mati dipercayai ditembak dan terdampar di pantai tersebut, dekat Port Dickson, Negeri Sembilan, 2 Ogos. – Utusan
Sumber Berita Utusan

10 Responses

  1. buaya tu kat linggi jauh dari pantai port dickson. takde kene mengena dengan pantai port dickson. janganlah nak burukkan pantai port dickson.

  2. tengok gambar buaya pun dah tau dah, mana ade tiga tan. dahlah buaya tu kembong. rase-rasenya dalam 200 kilo kebawah adalah. tu buaya jenis sederhana sahaja. janganlah nak buat gempak. buaya puchong yang mati tu pun baru 1 tan. buaya tu lagi besar dari buaya kat gambar ni.

    • Tu laporan daripada mStar dan gambar oleh Bernama. Mungkin salah laporlah tu….

      Rasanya buaya yang dilapor oleh mStar dan Utusan Malaysia itu adalah buaya yg sama…. Mungkin tak ada yang tahu berat sebenarnya sebab tak orang yang menimbangnya?

  3. kesian buaya tu. . .sape bunuh die. . .

    • sebenarnya buaya tu kena puladan (racun) dan ade kesan tembak sebab dier bocorkan sangkar ikan siakap kat situ

  4. mahluk tu kan hidup bagai kan raja di aalm nie..jadi sudah menjadi kebiasaan manusia nie ada kala nya nak cuba lah terro nya bagi mencari publisiti tu …buaya nie ada kala nye makan racun kot..

  5. KAT SUNGAI LINGGI ADA MACAM-MACAM BAHAN BUANGAN YANG DI BUANG OLEH MANUSIA DARI SEREMBAN SAMPAI LA KE LINGGI. TU BELUM LADANG SAWIT LEPASKAN MENDA YANG WARNA UNGU KAT SUNGAI. BIASANYA WAKTU HUJAN LEBAT DAN WALYU SENJA SEBAB ORANG TAK PERASAN. RASA-RASANYA BUAYA TU MATI SEBAB KENA LANGGAR BOT YANG MEMANG BANYAK KAT SINI ATAU BEREBUT KAWASAN YANG DAH SEMAKIN KECIL KAT SINI

    • Orang Malaysia ni secara amnya memang kurang pengetahuan siviks…sebab tu semua sungai tercemar, kerana sungai dijadikan tempat pembuangan sampah. Lambat laun tiada lagi punca air nak minum sebab semua sungai tercemar…. sepatutnya kita pakat-pakat sedarkan dan nasihat-menasihati sesama kita, sebelum terlambat.

Leave a comment